top of page
125317386_166268118537756_3575907906961554019_n_edited_edited.jpg

TENTANG MINYAK IKAN HARUAN LIAR

IKAN haruan atau nama saintifiknya, Channa striatus adalah antara spesies ikan air tawar yang popular dan mudah diperoleh di kawasan sawah padi, tali air, paya dan anak sungai.


Terkenal dengan khasiat perubatan, kandungan asid amino dan lemak yang terdapat pada ikan itu mampu menyembuhkan luka serta amat baik menyembuhkan penyakit tertentu antaranya gastnik. Ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksida serta melambatkan proses penuaan.

​

Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolegenya dapat mencantikkan kulit. Kandungan antiseptik yang terdapat di dalamnya pula berupaya mencegah pembiakan bakteria dan menyembuhkan luka dalam tempoh lebih cepat.

​

Secara tradisionalnya bagi pesakit yang menghadapi luka akibat berkhatam, pembedahan, melahirkan anak dan sebagainya, pesakit diberi makan ikan haruan dengan masak secara panggang, atau singgang dan sup bagi mendapatkan khasiatnya.

Cara lain bagi ahli fisioterapi pula menjadikan ikan haruan liar sebagai ramuan dalam minyak ubat dan minyak urut untuk di minum, di urut, di sapu pada pesakit dan di tempat yang sakit.

Tentang Kami: About Us
117771688_103484611482774_7914338316257113517_n_edited.jpg

6 KHASIAT IKAN HARUAN YANG MUNGKIN KITA TIDAK KETAHUI

Mencari Penawar Daripada Ikan Haruan

Info SpesiesIkan Air Tawar

Info Spesies – Kenali Ikan Haruan

Oleh Amang - September 18, 2018


Spesies Channa striata atau haruan merupakan spesies ikan air tawar yang cukup terkenal. Sama ada di kalangan kaki pancing atau penggemar ikan air tawar, haruan merupakan ikan yang dikenali. Spesies haruan merupakan satu spesies ikan natif di Malaysia, dengan kata lain merupakan spesies ikan asal atau tempatan. Spesies ini datang daripada keluarga Channidae yang juga merupakan famili yang sama kepada spesies toman. Ikan berkepala ular atau snakehead memang cukup dikenali dengan sifat agresif dan mengawal sempadan atau territorial. Sifat agresif ikan ini menjadikannya antara ikan kegilaan kaki pancing untuk diburu. Bagi spesies haruan, pola taburan spesies ikan ini banyak tertumpu di kawasan Asia Tenggara termasuklah dari Lembah Sungai Mekong dan Chao Phraya hingga ke Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Terdapat juga kehadiran spesies ikan ini di kawasan Eropah namun dipercayai sebagai spesies ikan asing.

Di Malaysia, tidak sukar untuk menemui spesies ikan haruan. Spesies ini boleh ditemui di hampir kebanyakan kawasan berair tawar dan payau. Malah ikan ini juga boleh ditemui dalam hampir kebanyakan punca air kerana tolenrasi survival haruan sangat tinggi. Ikan haruan mempunyai kadar survival yang tinggi lantas tidak sukar baginya untuk memilih habitat.

Walaupun spesies haruan merupakan ikan air tawar, namun kita masih boleh menemui ikan ini di perairan air payau.Ini menunjukkan spesies haruan juga mempunyai kadar tolenrasi saliniti yang agak tinggi walaupun tidak hidup di air masin.Spesies haruan juga merupakan spesies ikan pemangsa yang mana tarikan agresifnya membuatkan ia diburu oleh kaki pancing.

Tidak dinafikan juga, antara punca mengapa haruan kerap diburu (selain rekreasi perikanan dan untuk sumber protein) adalah nilai perubatan yang tinggi yang terdapat dalam daging ikan ini.Secara umumnya, haruan telah terbukti fungsi dan keberkesanannya dalam mengubati luka-luka dalaman terutama kepada wanita selepas bersalin dan selepas pembedahan.

Hasil penyelidikan juga mendapati dagingnya mengandungi asid Arachidonis yang mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat di samping kaya protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan. Bahkan, ia juga dikatakan mampu menyembuhkan luka selain meredakan penyakit berkaitan kulit seperti radang, gatal-gatal dan sebagainya.

Tentang Kami: Welcome
bottom of page